Penswastaan IJN Bukan Jawapannya


Namun keputusan kerajaan yang secara prinsipnya bersetuju dengan penswastaan IJN kepada Sime Darby Berhad amatlah mengecewakan. Di saat kita sedang menghadapi kesukaran untuk berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang meruncing, keputusan ini tentulah memberikan dampak yang bukan kecil kepada rakyat keseluruhannya. Pada hemat saya kerajaan tidak wajar mengambil langkah yang sebegitu drastik sedangkan rakyat amat memerlukan perkhidmatan kesihatan yang menawarkan kos berpatutan.

Rekod penswastaan kita ternyata tidak memberansangkan. Lihat sahaja apa yang berlaku dengan Telekom Berhad dan Pembekal Tenaga Bebas(IPP), penswastaan tidak menjamin peningkatan kecekapan dan keupayaan. Selagi penyakit kronisme dan pengambilan komisen berbillion ringgit dari tender kerajaan masih berlaku, penswastaan ternyata bukanlah jalan penyelesaian bagi mempertingkatkan kecemerlangan IJN.

Sungguhpun penswastaan mempunyai kesan positif terutamanya di dalam memacu pertumbuhan ekonomi, namun tanpa garis panduan jelas seperti pertanggungjawaban dan ketelusan apatah lagi ketirisan masih leluasa, penswastaan IJN dikhuatiri akan berakhir menjadi satu episod gelap dalam pengurusan ekonomi dan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

ANWAR IBRAHIM

One Response to “Penswastaan IJN Bukan Jawapannya”

  1. online Says:

    awal yang baik

Leave a Reply

Visitors since 2007