PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG KECIL (UUK) MAJLIS
Friday, October 30th, 2009UCAPAN TANGGUHAN AHLI MAJLIS LIM BOO CHANG
Kita mesti ada suatu proses pembaharuan undang-undang yang tidak putus-putus untuk membolehkan sesuatu masyarakat untuk bergerak maju. Ini bererti undang-undang yang ketinggalan zaman mesti dibuangkan dan undang-undang baru mesti digubal. Jadi pada akhirnya undang-undang hanya adalah suatu alat untuk mengawal masyarakat. Ia bukan sesuatu yang suci dan tidak boleh disentuh atau sesuatu yang berkekalan selama-lamanya.
MPPP merupakan peringkat ketiga kerajaan selepas kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan mempunyai autonomi yang tertentu dalam pentadbiran hal ehwalnya melalui YDPnya dan 24 orang ahlimajlis. Kita bukan sahaja bertanggungjawab merumuskan dasar-dasar tetapi juga bertanggungjawab menggubal dan memansuhkan undang-undang,
Namum, kuasa menggubal undang-undang yang diperoleh oleh MPPP adalah agak kecil. Terdapat enabling Act atau parental Act yang memberi kuasa kepada MPPP untuk menggubal undang-undang kecil atau peraturan-peraturan. Oleh sedemikian kita mempunyai kuasa untuk menggubal dan menugaskan undang-undang hanya di peruntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta yang lain. Banyak lagi undang-undang kecil telah digubal oleh MPPP. Pada hakikatnya, banyak undang-undang kecil telah digubal oleh Majlis sebelum kemerdekaan.
Sejak tahun 1918, Majlis telah mengubal 44 UUK. Dalam kalangan mereka terdapat 10 UUK yang digubal sebelum Merdeka dan mereka adalah seperti berikut:-
1. UUK (Untuk Pelesenan Pemandu Gadi Lembu) 1918;
2. UUK (Pengawalan Pengangkutan dan Penyimpanan Petroleum dan Petroleum Membahaya) Perbandaran George Town, Pulau Pinang 1931;
3. UUK (Berkaitan Dengan Tempat-Tempat Hiburan Awam) Perbandaran George Town, Pulau Pinang, 1933;
4. UUK (Mencegah Penganiayaan Terhadap Binatang), 1947;
5. UUK (Beca), 1948;
6. UUK (Tempat Hiburan Awam) Luar Bandar, 1949;
7. UUK (Berkaitan Dengan Garaj) Perbandaran George Town, Pulau Pinang, 1952;
8. UUK (Basikal Roda Tiga), 1953;
9. UUK (Bayaran-bayaran) Perbandaran Pulau Pinang, 1953; dan
10. UUK (Loji Pembersihan Pembentungan) Majlis Daerah Luar Bandar, 1957.
Bagi 34 UUK yang digubal selepas Merdeka, ada sebahagian besar daripada mereka sudah ketinggalan zaman atau tidak relevan kepada Majlis dan orang awam masing-masing termasuk UUK yang terlibat kebersihan dan keselamatan awam, pasar-pasar, lembu kerbau, anjing dan lain-lain.
Nampaknya undang-undang kecil memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat dan banyak sector termasuk penjaja-penjaja, kebersihan, perancangan, taman-taman, bangunan-bangunan, infrastruktur, pengangkutan, warisan, kesihatan dan alam sekitar.
Memandangkan di atas, saya dengan rendah diri mensyorkan kepada Majlis agar menubuhkan suatu jawatankuasa tetap untuk mengkaji semula semua undang-undang kecil Majlis yang sedia ada untuk memastikan ia mengikut zaman, menyenangkan orang ramai dan adil dan saksama kepada masyarakat pada keseluruhannya.
Ini adalah sebab dasar-dasar majlis mungkin tidak boleh dilaksanakan dengan teratur jika kita tiada undang-undang kecil atau peraturan-peraturan yang efektif untuk membantu kita dalam melaksanakan tugas-tugas kita.
Oleh yang demikian, saya dengan hati jujur dan menyeru kepada YDP dan Mesyuarat Biasa ini untuk meneliti dengan positif cadangan saya yang ternyata di atas.
Ahlimajlis Lim Boo Chang




























































































































































