... ‘Ver: Melayu’

Declarasi Nurul v. Perkasa

Thursday, September 9th, 2010

Wacana bersama Perkasa untuk permulaan baru Malaysia:

 

 

Malaysia atau Malaysaja?

 

Oleh Nurul Izzah Anwar

 

Mukadimah

Perkasa mendakwa mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dalam kepelbagaian kaum di Malaysia. Hak-hak ini kononnya tidak boleh dicabar, dibincang dan kekal abadi. Mereka yang tidak bersetuju dianggap penderhaka dan disuruh meninggalkan Malaysia.

Jemputan untuk perbincangan

Sempena sambutan Kemerdekaan dan semangat Ramadhan, saya ingin menjemput Perkasa untuk berwacana dalam membentuk halatuju baru Malaysia bersama saya.

Saya mahu bertanya kepada Perkasa, beberapa persoalan pokok untuk sama-sama memahami dan mencari penyelesaian kepada krisis yang dikatakan melanda orang-orang Melayu.

Saya percaya Perkasa adalah suara paling lantang walaupun tidak semestinya majoriti, yang mewakili orang-orang Melayu. Dalam erti kata lain, Perkasa dicipta atas imej dan bayangan Umno.

Jika Perkasa sudi untuk berwacana demi manfaat bersama, kemungkinan ia akan dapat menjawab persoalan yang membelenggu orang Melayu dan mengakhiri perbincangan ini buat selama-lamanya.

Untuk menjalankan dialog atau wacana yang jujur, saya mencadangkan kita menerima empat perkara pokok.

Pertamanya dialog itu haruslah berasaskan kepada dokumen yang dipersetujui. Sama ada Perlembagaan Persekutuan? Perlembagaan Umno atau Perlembagaan Perkasa?

Sekiranya persetujuan ini gagal dicapai, maka dialog ini tidak mungkin berjaya dan akan berakhir sebagai perbincangan sehala.

Bagaimanapun, melihat bagaimana Perkasa terus merujuk Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, bolehlah diandaikan dokumen itu akan menjadi standard rujukan bagi dialog tersebut.

Kedua, selepas dokumen rujukan dipersetujui, isu tafsiran perlembagaan juga harus dipersetujui.

Sebagai contoh, perlembagaan tidak menyebut secara langsung atau menggunakan istilah “Hak Istimewa Orang Melayu.” Istilah yang digunakan dalam Perkara 153 adalah “Kedudukan Istimewa Orang Melayu.”

Fasal itu menyentuh dengan jelas kuasa-kuasa yang ada pada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dalam memastikan kedudukan orang Melayu dalam perkhidmatan awam, institusi pengajian tinggi selain kuota dalam pembahagian biasiswa, dan permit serta lesen untuk perniagaan dan perdagangan yang diperuntukkan untuk orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Satu lagi contoh menarik adalah untuk mengimbangi peruntukan “Kedudukan Istimewa” orang Melayu dengan Fasal 8(1) bahawa “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang”; dan Fasal 8(2): Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Sebaiknya satu entiti seperti Mahkamah Perlembagaan atau sekurang-kurangnya Majlis Perlembagaan yang dilantik Yang diPertuan Agong bertindak sebagai pentafsir muktamad dalam isu-isu perlembagaan.

Peranan Yang di Pertuan Agong dalam penafsiran perlembagaan sememangnya disebut dalam Perkara 153, “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

Bagaimanapun, perlu dinyatakan di sini bahawa pihak kehakiman adalah berperanan sebagai pentafsir kepada isu-isu perlembagaan di Malaysia.

Untuk tujuan dialog, kedua-dua pihak bolehlah mengemukakan tafsiran sendiri, tetapi ianya hendaklah boleh dicabar kemudiannya.

Ketiga, dialog ini hendaklah dibuat secara terbuka dan dipersembahkan kepada orang awam untuk maklum balas dan pengesahan.

Sudah tentu, proses referendum adalah lebih ideal dengan isu-isu fundamental dapat ditentukan oleh rakyat dan semua pihak terikat dengan keputusan itu.

Sebagai alternatif, maklum balas awam untuk komen dan mekanisme cadangan melalui surat atau internet sudah cukup baik. Ianya tidak mengikat tetapi mencukupi untuk mengukur penglibatan awam, yang sudah tentunya akan mengayakan proses demokrasi.

Keempat, saya mencadangkan format dialog seperti berikut, saya akan membentangkan pandangan saya melalui artikel terbuka ini untuk disanggah oleh Perkasa dan kemudian terserah kepada Perkasa untuk membentangkan versi mereka bagi tujuan sanggahan saya.

Hasilnya bolehlah dipersembahkan kepada awam untuk komen dan cadangan.

Sebagai tanda keikhlasan, saya juga menjemput Perkasa untuk berdebat secara terbuka dengan disiarkan oleh televisyen.

Kaedah Dialog

Saya juga mencadangkan supaya Perkasa dan juga saya tidak melibatkan mana-mana parti politik dalam membentangkan pandangan.

Mungkin UMNO tidak bersetuju dengan pandangan Perkasa dan Pakatan Rakyat juga mungkin tidak menerima pandangan saya. Namun semua parti politik boleh melibatkan diri dalam memberikan cadangan dan maklum balas sekiranya mereka sudi.

Untuk mengelakkan mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan saya juga mencadangkan pandangan yang dikeluarkan dibuat sebagai pertanyaan untuk penjelasan dan bukannya cabaran untuk meminda perlembagaan.

Saya percaya Perkasa dan juga saya adalah anak Malaysia sebenar dan bersifat patriotik, cuma pandangan sahaja yang berbeza.

Bagaimanapun, sekiranya Perkasa enggan untuk menerima jemputan saya ini, cukuplah untuk rakyat dan sejarah melihat dialog ini sebagai usaha ikhlas saya untuk menghulurkan salam, demi untuk negara kita.

Soalan Pertama Saya; Siapakah Melayu?

Fasal 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrif orang Melayu sebagai “seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau ialah zuriat seseorang yang sedemikian.”

Oleh itu, di sisi perlembagaan, orang Melayu adalah mereka yang bercakap bahasa tersebut, beragama Islam dan mengikut adat-resam orang Melayu.

Soalan saya kepada Perkasa adalah, dari segi spiritual dan intellektual, adakah Melayu menerima ketidakadilan, salah guna kuasa, rasuah, undang-undang anti-demokrasi, kehakisan institusi negara untuk menjadikan orang Melayu sebagai Bangsa Agung di Malaysia, dengan hak-hak istimewanya yang tidak boleh dikongsi oleh warga yang bukan Melayu?

Soalan kedua saya, apakah hak istimewa orang Melayui?

Hak istimewa orang Melayu adalah konstruk ideologi dan falsafah dan bukannya diperuntukkan oleh perlembagaan.

Fasal 153 hanya menyebut “Kedudukan Istimewa” orang Melayu dan bukannya “Hak-hak Istimewa” orang Melayu.

Istilah hak-hak istimewa orang Melayu membawa kepada “kontrak sosial” yang akhirnya membentuk “Agenda Melayu” yang dipanjangkan untuk merangkumkan istilah “Hak Istimewa Melayu.”

Kontrak Sosial menyatakan bahawa masyarakat Melayu menikmati hak-hak tertentu atas balasan kepada hak kewarganegaraan yang diberikan kepada bukan Melayu menjelang kemerdekaan oleh para pengasas negara kita seperti mana yang terkandung dalam Fasal 14-18, Bab 1 Bahagian III-Kewarganegaraan.

Hak-hak ini sering dirujuk sebagai “Agenda Melayu” yang merangkumi peruntukan untuk menjaga kedudukan Raja-Raja Melayu dengan Yang di-Pertuan Agong dipilih dari kalangan Raja-Raja. Islam menjadi agama kebangsaan dan bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan. “Agenda Melayu” turut merangkumi peruntukan-peruntukan tentang hak-hak ekonomi seperti terkandung dalam Fasal 153.

Perlu juga dinyatakan di sini, bahawa mengikut Suruhanjaya Reid yang merangka perlembagaan, Fasal 153 hanyalah tindakan sementara untuk merapatkan jurang antara kaum yang perlu dikaji keperluannya oleh Parlimen selepas 15 tahun.

Sepatutnya ia dikaji semula pada 1972, bagaimanapun rusuhan kaum 1969 mengubah perkara ini. Usaha dibuat untuk membuang tempoh luput Fasal 153, dan Akta Hasutan yang dipinda pada 1971 mengharamkan perbincangan daripada dibuat di Parlimen.

Hak-hak ekonomi kemudiannya diinstitusikan selepas rusuhan kaum 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudiannya dirangkumkan kedalam Dasar Pembangunan Baru (DPB) pada 1990 hingga tahun 2000 dan kini kita berada dalam tahun terakhir Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RJP3 2000-2010) yang juga mengandungi Dasar Wawasan Negara (DWN).

Bagaimanapun, kami mengalu-alukan pengumuman untuk mengubah dasar afirmatif daripada berasaskan kaum kepada yang berasaskan keperluan seperti yang diumumkan dalam Model Ekonomi Baru (MEB), bagaimanapun berdasarkan kepada pengalaman lalu, tindakan afirmatif berdasarkan kepada hubungan pastinya akan kekal. Kita akan terus melihat pembahagian kekayaan yang memihak kepada kroni-kroni elit pemerintah.

Dasar pro-kroni ini telah menjadi “Hak dan Keistimewaan Orang Melayu” yang menjadi asas kepada “Ketuanan Melayu” yang terus menghantui MEB yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Soalan saya kepada Perkasa adalah, adakah konsep hak istimewa orang Melayu kini menjadi konvensyen kekal dalam dasar dan amalan dan perlu diterima oleh warga bukan Melayu, walaupun ia bertentangan dengan perlembagaan?

Soalan ketiga saya; apakah yang dikatakan keresahan orang Melayu itu sebenarnya?

Bolehkah dikatakan “keresahan orang Melayu” yang dibina atas rasa ketidakyakinan orang Melayu, mungkin nampak dalam bentuk perkauman, tetapi adalah “Mentaliti minda tertawan”, yang merupakan reaksi kepada kegagalan untuk mencapai matlamat DEB (yang lahir semula sebagai DPB pada 1990, diikuti dengan RJP3 dan dihalusi sebagai MEB) selepas 40 tahun pelaksanaannya.

Mungkinkah juga rasa bimbang tidak berasas akan kehilangan Hak dan Keistimewaan orang Melayu sudah berkembang sebagai ideologi politik ketuanan Melayu yang terus memecah-belahkan negara?

Mungkinkah juga orang Melayu merasakan mereka menjadi semakin miskin, dipinggir dan tertipu di negara sendiri, walaupun berbilion dibelanjakan untuk DEB.

Mungkinkah “keresahan Melayu” itu sengaja saja diarahkan kepada kerajinan bukan Melayu dan anak-anak Melayu yang sudah mengalami perubahan?

Nampaknya, “keresahan Melayu” itu lebih berkisar kepada hak-hak ekonomi dan bukannya kebudayaan, raja-raja, perundangan, pendidikan, agama atau kekurangan kuasa politik yang sebenarnya masih dikawal orang Melayu dan tidak dapat dicabar seperti dilihat dalam komposisi kaum dalam institusi negara dan perkhidmatan awam.

Mungkinkah soalan yang membelenggu umat Melayu adalah, apakah nilai dan keperluan mempunyai tarian tradisional Melayu, institusi raja, bahasa Melayu, sekolah Melayu, institusi negeri dan persekutuan, sistem mahkamah syariah, dan kerajaan yang didominasi Melayu sekiranya orang Melayu kekal miskin?

Ketidakseimbangan dalam pencapaian akhirnya menimbulkan identiti Melayu yang celaru, kerana namanya sahaja “tuan” namun tidak berharta. Hakikat inilah yang menjadikan konsep “Ketuanan Melayu” kekal popular.

“Keresahan Melayu” secara sengaja diarahkan kepada kegagalan pencapaian DEB dan kegagalan ini digunakan unt

Sidang Media Ahli Parlimen KEADILAN

Sunday, September 5th, 2010

 

Dimaklumkan bahawa Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan sidang media tentang pemilihan KEADILAN pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh: 6 September 2010 (Isnin)
Masa: 11 pagi
Tempat: Ibu Pejabat KEADILAN, Tropicana

Sekian, terima kasih.

*KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT *

Monday, August 30th, 2010

*KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT *

*26 OGOS 2010*

Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN
untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan
memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut
dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka
berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka.
Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti
BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat
kesejahteraan rakyat.

Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk
melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita
beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat
diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.

Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam
Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan
Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:

“Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di
kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan
negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati
antara kaum, budaya dan agama.”

Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat,
walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka.
Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana
komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala
permasalahan.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan
kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat.
Kami  beriltizam
untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53
tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik
perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat
merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan
Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta
negara ini.

Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan
kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham
untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu
Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat
tersebut.

YB Ust Nasharuddin Mat Isa

Timbalan Presiden

PAS

YB Dato Seri Anwar Ibrahim,

Ketua Umum

PKR

YAB Lim Guan Eng

Setiausaha Agung

DAP

*1. Demokrasi Telus dan Tulen*

* *

*A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang*

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat
Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak
agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan
Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

i.                     Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam
sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

ii.                   Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi
raja berperlembagaan.

iii.            Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara
152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca
serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

iv.           Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang
yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan
pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

v.            Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang
zalim serta melanggar hak asasi.

vi.           Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di
antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

———- Forwarded message ———-
From: Sekretariat Pakatan Rakyat <sekretariatpakatan@gmail.com>
Date: 2010/8/26
Subject: Kenyataan akhbar Pimpinan Pakatan Rakyat 26 Ogos 2010
To: shabrimi sidek <sekretariatpakatan@gmail.com>

Dilampirkan kenyataan akhbar Pimpinan Pakatan Rakyat sebagaimana yang telah
dibuat pada hari ini

Sekretariat Pakatan Rakyat

Best regards,

Ooi Heng

Parliamentary Research Head

KeADILan Parliamentary Research Unit (KPRU)

Office of the Leader of the Opposition

14th Floor, Parliament of Malaysia

Kuala Lumpur.

Email: ooheng@hotmail.com

Anwar Ibrahim Terhadap Cadangan DAP

Wednesday, August 18th, 2010

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang dan Kedah

Thursday, August 5th, 2010

By the Administrator

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang dan Kedah

 

7 Ogos 2010 (Sabtu)

 

           I) Pulau Pinang

 

1)      9.00 Pagi –  Perasmian Khalifah Umar Abd Aziz

                          International Integrity Conference 2010

     

     Lokasi – Eastin Hotel, Bayan Bay, Pulau Pinang

 

2)      12.00 Tghari – Merai Majlis Sukan Rakyat Seberang Perai

 

Lokasi – Padang Homestay Mengkuang Titi, Permatang Pauh

 

II) Kedah

 

1)      1.00 – 2.30 Ptg –  Perjumpaan tertutup dengan Ahli Majlis, Ketua Kampong

                                   /Komuniti dan GLC Kedah lantikan Keadilan Kedah

           

       Lokasi : Sungai Petani Inn @ Kelab Cinta Sayang

 

2)      3.00 – 4.00 Ptg – Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra bersama REFORMIS  Kedah

 

       Lokasi : Dewan Orang Ramai Jeniang

 

3)      4.30 – 6.00 Ptg – Perjumpaan Tertutup Dengan EXCO AMK, WANITA dan   

                                   MPN Kedah.

 

       Lokasi : Sungai Petani Inn @ Kelab Cinta Sayang

 

4)      7.00 – 8.30 Malam – Solat dan Tazkirah Maghrib di Masjid Kuala Ketil

 

5)      8.30 – 10.00 Malam – Majlis Makan Malam

 

Lokasi : Dewan Lip Seng Kor, Sungai Petani.

 

Tetamu Kehormat :

i)                    YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii)                  YAB Lim Guan Eng

iii)                YB Fakhrol Radzi Zawawi

iv)                YB Sivarasa Rasiah

v)                  YB Tuan Haji Ahmad Kassim

 

 

6)      9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana – Perkuat Kerajaan PR Kedah

 

       Lokasi : Dewan Orang Ramai Hock Teik Soo, Sungai Lalang, Merbok.

 

       Penceramah:

i)                    YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii)                  YAB Lim Guan Eng

iii)                YB Fakhrol Radzi Zawawi

iv)                YB Tuan Haji Ahmad kassim

v)                  YBhg Sdr Saiful Izham Ramli

Penafian CNN dedahkan fitnah Utusan, Anwar

Tuesday, July 20th, 2010

Dari Parlimen Malaysia

Pimpinan Umno, melalui lidah rasminya Utusan Malaysia telah memintal fitnah
jahat demi menggambarkan saya sebagai seorang yang terdesak dan sanggup
menjadi talibarut CIA. Laporan akhbar bertarikh 11hb Julai 2010 telah
memuatkan laporan yang bertajuk “Penulis Blog AS Dedah Anwar Alat CIA” dan
juga memintal pembohongan kononnya saya membuat bayaran kepada Cable News
Network(CNN) untuk muncul di ruangan Connect The World. Dengan hanya
berasaskan tulisan blog Elaine Supkis (kononnya blog terkenal) dan kenyataan
seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa
berpandukan etika kewartawanan memulakan satu kempen yang berakarkan
kebencian.

Walaubagaimanapun pada 13hb Julai 2010, Cable News Network (CNN) telah
menafikan bahawa saya membuat sebarang bayaran kepada organisasi media
tersebut untuk muncul di ruangan Connect The World. Penafian ini sekaligus
membuktikan tuduhan yang dilemparkan pimpinan Umno-Bn terhadap saya melalui
akhbar Utusan Malaysia merupakan satu fitnah yang jahat dan dangkal. Malahan
organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal
mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak
mereka. Tindakan Utusan merupakan satu kecurangan yang nyata dari amalan
kewartawanan yang bermaruah dan bebas.

Kita sedar fitnah ini direkayasa khusus untuk merosakkan reputasi saya
sebagai Ketua Pembangkang serta bercita-cita menggugat keutuhan muafakat
Pakatan Rakyat. Pastinya cita-cita jahat mereka hanya akan tinggal sebagai
satu angan-angan kosong semata. Serangan fitnah bertali arus yang ditujukan
kepada saya ini bukanlah suatu yang baru. Sebelum ini saya telah dituduh
sebagai agen Cina, agen India, agen Kadazan, agen Iban dan kini, mengulangi
skrip lama yang usianya menjangkau satu dekad, pembohongan kononnya saya
tali barut CIA kembali didendangkan.

Ternyata ianya tidak mengejutkan. Apa yang mengejutkan ialah kegagalan
pimpinan Umno-Bn untuk menyedari bahawa rakyat sudahpun mual dengan fitnah
sebegini. Apatah lagi sepanjang pentadbiran Dato’ Sri Najib, rakyat
disajikan dengan khabar yang muluk muluk kononnya Umno-Bn berhasrat mahu
melaksanakan perubahan. Namun semua itu tidak mungkin berlaku di bawah
pemerintahan Umno-Bn. Setiap kali pimpinan Umno-Bn terdesak mereka akan
menggunakan taktik kekerasan seperti melumpuhkan kebebasan media serta
memintal fitnah jahat terhadap lawan yang berupaya menewaskan mereka. Kita
memberi amaran kepada pimpinan Umno-Bn untuk bersedia dihukum pada
Pilihanraya Umum yang akan datang. Rakyat akan membuat pilihan tepat demi
memilih permuafakatan Pakatan Rakyat untuk memimpin Perubahan.

ANWAR IBRAHIM

 

 

 

 

 

Dari Parlimen KeADILan <parlimenkeadilan@gmail.com>

>
>
>
> Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang.
> Doa kami moga umrah mabrur, sa’i mashkur dan amalan solehah.
>
> Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus
> ditujukan kepada peribadi saya (Anwar Ibrahim, gambar kanan).  Namun apa
> yang baru?  Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India
> pastinya tali barut CIA.  Khabar ini langsung tidak mengejutkan.  Apatah
> lagi walau UMNO-BN punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu
> terserlah apabila mahu memintal fitnah.
>
> Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal)
> dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, *Utusan Malaysia *milik
> UMNO, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan
> berakarkan kebencian.  Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA.
> Pimpinan UMNO pula bersahuti-sahutan menyokong.  Tidakkah mereka sedar
> rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian?
>
> Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam
> pimpinan UMNO yang diketuai Najib Razak.  *CNN* telahpun mengeluarkan satu
> kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk
> bayaran dari saya.  Kemunculan saya untuk ruang “*Connect The World*”
> merupakan keputusan penerbit program tersebut.
>
> Penafian *CNN* bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan
> kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar *Utusan* selaku
> lidah rasmi UMNO yang berusaha memfitnah saya.  Malahan organisasi *CNN* yang
> berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha
> dari pihak *Utusan* untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka.  Namun
> bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan *Utusan* yang
> selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.
>
> *Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang parlimen
> merangkap Ketua Umum PKR.

*Lelaki Gendut Kembali ke PKR – komentari oleh Hishamuddin Rais*

Monday, June 7th, 2010

Dari Malaysiakini

Saya telah mengikuti perkembangan Parti Keadilan Nasional (PKN) dari dulu
lagi. Dalam sejarah awalnya, parti ini ditubuhkan di Hotel Renaisance Kuala
Lumpur pada tahun 1998. Pelancaran PKN ini berlangsung disebuah hotel yang
agak *chic *dan mahal.

Saya tidak masuk pun ke dalam dewan hotel itu. Saya hanya berlegar di tepi
jalan di hadapan hotel. Saya ternampak ramai lelaki berperut gendut dan
berbaju batik berlengan panjang keluar masuk dalam hotel. Saya berdiri di
tepi jalan sebagai pemerhati dari jauh.

Babak petama di Hotel Renaissance ini berlangsung ketika ramai penyokong
Anwar Ibrahim menganggap tidak lama lagi Anwar akan menjadi perdana menteri.
Maka mereka pun melabur. Melabur untuk parti politik ini adalah teras
hegemoni budaya Gerombolan United Malays National Organistion.

Dalam pilihan raya tahun 1999 – ramai juga lelaki berperut gendut dan
berbaju batik yang menampil diri dan melabur lagi. Perlaburan mereka jatuh
meleset. Maka berakhirlah zaman *’pink form *Anwar Ibrahim’. Maka bermulalah
zaman realis bahawa kuasa bukan di tangan individu atau kerana retorik
individu tetapi dengan penyusunan ombak rakyat yang kompak untuk mendobrak
kerajaan zalim BN.

Saya datang ke kongres parti hanya untuk melihat. Bukan untuk mendengar
ucapan atau untuk mendengar gebang ahli-ahli politik. Sekali sekala saya
mendengar juga. Tapi ini bukan tujuan asal. Saya menghadirkan diri untuk
memerhatikan apakah yang dipakai oleh orang yang datang ke perhimpunan
tersebut. Atau apa baju dan kasut yang di pakai oleh ahli-ahli parti. Untuk
saya ini lebih penting dari seribu ucapaan.

Ketika Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan PKN bercantum pada tahun 2002 – satu
upacara telah di adakan di Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur. Ketika itu
saya datang menebeng dan melihat dari jauh. Saya perhatikan dewan besar
tidak penuh – banyak kerusi kosong. Lelaki berperut gendut dan berbaju batik
hampir pupus.

Ada muka-muka baru yang saya lihat ramai – apek China memaki baju-t berkolar
dan berselipar. Ini pendatang baru. Lalu saya mengambil kesimpulan bahawa si
apek yang berselipar ini pastilah datang dari PRM. Yang berkopiah putih
tidak bagitu ramai. Yang berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok langsung
tidak kelihatan. Mak cik bertudung labuh pun tidak kelihatan. Anak muda
kelihatan ramai.

*Kongres di tokong amat radikal*

Dari pemerhatian ini saya mengambil kesimpulan bahawa satu budaya baru telah
muncul di dewan perhimpuan Cina ini. Malah satu sejarah terlakar kerana
percantuman dua parti politik yang berasaskan warga Melayu telah diadakan di
dewan perhimpuan Cina dan dihadiri oleh ramai apek Cina dan anak muda.
Selipar Jepun dan baju-t Pagoda telah diterima untuk masuk ke persidangan.

Zaman berarak dan beredar. Satu lagi kongres PKR telah diadakan. Kali ini di
Ipoh. Saya juga datang menumpang untuk melihat siapa yang datang dan apa
pakaian yang akan dipakai. Dalam negara kuku besi seperti Malaysia ini bukan
senang sebuah parti pembangkang untuk mendapat tempat mengadakan
persidangan.

Jika hotel dilamar – hotel ini akan diberi amaran. Dewan milik orang ramai
yang bersepah-sepah tidak mungkin dibenarkan untuk dipakai oleh parti
pembangkang. Puak gerombolan akan menindas dengan pelbagai cara untuk
memastikan kuasa terus di tangan mereka. Akhirnya kongres PKR di Ipoh telah
diadakah di sebuah tokong.

Nah! Ini satu sejarah lagi. Bayangkan kongress PKR diadakan di Tokong Cina.
Rasa kekok orang Melayu di dalam dewan tokong Cina tidak wujud lagi. Ini
satu pembudayan yang amat radikal. Kalau dahulu di dewan perhimpunan Cina -
kali ini di Tokong Cina. Kini PKR telah bergerak jauh dari hegemoni budaya
gerombolan.

Ketika kongres di tokong ini berjalan saya perhatikan lelaki berperut gendut
dan berbaju batik berlengan panjang tidak seramai di Hotel Renaisance
dahulu. Ramai yang datang berpakaian agak lekeh dan sempoi. Untuk saya ini
satu petanda yang amat membanggakan. Selipar dan baju-T pagoda sekali lagi
menjadi trend di Ipoh.

Saya perhatikan yang datang ke tokong itu terdiri dari mak cik dan pak cik
yang datang dengan bas dari Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Memang
dari wilayah yang jauh mereka datang. Mungkin kerana berita telah tersebar
Anwar Ibarahim yang telah bebas akan datang ke kongres di Ipoh.

Saya tidak muncul di kongres Pulau Pinang dan di Seremban. Saya terlupa
sebab apa saya tidak datang. Jadi saya tidak ada catitan jenis pakaian apa
yang terdapat di kongres tersebut. Apa yang saya amat yakin ialah lelaki
berperut gendut dan berbaju batik mula berkumpul kembali. Mereka datang
kerana Anwar Ibrahim telah di bebaskan. Mereka menunjukkan muka sekali lagi.
Ini juga sebagai pelabur saham. Budaya germbolan datang sekali lagi dalam
PKR.

Minggu lepas saya ke Kota Bahru. Saya datang menebeng dan tumpang melihat
kongress ke-6PKR. Kali ini semuanya telah berubah. Kongres kali ini diadalah
sesudah 8 Mac 2008 – ertinya satelah mendapat kemenangan dan wujudnya
Pakatan Rakyat.

*Hilang indentiti*

Kongres Angkatan Muda Keadilan diadakan di satu tempat peranginan di Pantai
Cahaya Bulan. Saya sampai awal pagi. Ketika saya sampai, apa yang saya
dengar hanya desiran ombak. Esoknya saya lihat tempat bersidang yang agak
lumayan berbanding dengan tokong di Ipoh dahulu. Lebih tersusun dan teratur.
Para perwakilan ada bilik dan tempat penginapan. Ini lumayan.

Untuk saya gerakan anak muda ini paling penting. Anak muda adalah nadi
sesebuah organisasi politik. Tanpa tenaga muda tidak mungkin ada parti
politik yang boleh berkembang. Bila saya menjenguk muka ke dalam dewan
persidangan AMK – saya senang hati kerana hampir 400 orang anak-anak PKR
muda sedang berdebat dan berbincang.

Kemudian saya terlihat ramai perwakilan di dalam dewan yang memakai baju
biru. Mungkin ini baju rasmi AMK. Ini satu kesilapan besar. Anak muda yang
berseragam sampai dunia kiamat pun tidak akan dilihat *cool*. Anak muda *
cool *pemecah ruyung tidak akan mengikut arahan bagaimana harus berbaju atau
berseluar. Yang suka berseragam adalah mereka yang suka ditarik hidung.
Pakaian seragam diwujudkan agar individu hilang identiti diri. Saya hanya
tersenyum – bermula dengan berbaju biru dan mungkin akan berakhir dengan
berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang.

Esoknya saya masuk ke Dewan Kelantan Trade Center. Saya pun tidak faham
kenapa bangunan ini dipanggil Kelantan Trade Center. Apakah dengan pengunaan
bahasa Inggeris ini akan membuktikan bahawa kerajaan Kelatan ini hebat dan
berwibawa. Jika ini hujah nya maka ini samalah seperti drama swasta yang
menggunakan “*I” *dan “*You” *untuk membuktikan bahawa para pelakon drama
ini berilmu.

Dalam dewan saya perhatikan bahawa tradisi lelaki berperut gendut dan
memakai baju batik berlengan panjang semakin berkurang. Lelaki berperut
gendut dan memakai baju batik berlengan panjang ini ramai telah keluar dari
PKR. Tetapi jangan silap baca masih ramai lagi lelaki jenis ini menjalar
dalam PKR. Tetapi buat sementara waktu mereka tidak memakai baju batik dan
telah cuba mengempiskan perut.

Kenapa saya memperlekehkan lelaki berperut gendut dan berbaju batik lengan
panjang? Jawabnya cukup senang. Perhatikan muka yang telah lari meninggalan
PKR. Perhatikan perut mereka. Semuanya gendut dan boroi. Mereka juga sering
dilihat memakai baju batik berlengan panjang.

Untuk saya baju batik berlengan panjang muncul dari hegemoni budaya
gerombolan United Malays National Organisation. Saya anggap perkara yang
paling bodoh yang kita lakukan ialah meniru apa yang dilakukan oleh musuh
kita. Menerima apa yang dibudayakan oleh musuh membuktikan kita tidak
memiliki fikrah untuk melakonkan yang baru.

Kita bukan sahaja wajib menolak parti gerombolan. Kita juga wajib menolak
budaya yang disebarkan oleh gerombolan. Berperut gendut dan berbaju batik
lengan panjang adalah budaya gerombolan. Ini wajib dilupuskan. PKR wajib
melahirkan seni dan budaya sendiri. Jangan jadi malas hanya dan menerima
baju batik berlengan panjang sebagai budaya. Kerana malas, maka perut jadi
gendut.

Hijau Dari Zainal Abadin

Thursday, June 3rd, 2010

Program Ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang dan Kedah

Wednesday, June 2nd, 2010

Program Ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang dan Kedah

 

6 Jun 2010  (Ahad)

 

1) 7.00 – 8.30 Malam – Solat Maghrib dan Tazkirah di Masjid Bayan Baru

 

2) 7.30 – 11.00 Malam – Jamuan Makan Malam

 

Tempat – Dewan Market, Batu Lancang, Jelutong, Pulau Pinang

 

Penceramah-

 

  1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
  2. YAB Lim Guan Eng
  3. YB Nasaruddin Mat Isa
  4. YB Mansor Othman dan lain-lain tetamu kehormat

 

3) 9.00-12.00 Malam – Ceramah Perdana di Kulim Bandar Baru, Kedah

 

Tempat – Taman Cempaka, Selama, Kulim Bandar Baru, Kedah

 

Penceramah-

 

  1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
  2. YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak
  3. YB Ahmad Kassim
  4. YB Dato’ Johari Abdul
  5. YB Lee Hoy Seng
  6. YB Yaakob Husin

UCAPAN TANGGUHAN AHLI MAJLIS LIM BOO CHANG DALAM MESYUARAT BIASA BULANAN MPPP

Friday, May 21st, 2010

By the Administrator

                   R21052010120

 Pada pagi ini Ahli Majilis Lim Boo Chang telah memberi ucapan tangguhan dalam Mesyuarat Biasa Bulanan MPPP seperti berikut:-

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Puan Yang Dipertua kerana mengadakan focus terhadap jantina dan pentadbiran yang baik dalam hal pentadbiran majlis kita.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menaja bengkel atau latihan untuk manfaat semua ahli majlis MPPP dan MPSP serta pentadbir-pentadbir kedua-dua majlis.

Sebagai seorang yang telah berkhidmat dalam majlis dari tempoh 1990 hingga 1995, saya telah menjadi saksi kepada pelbagai transformasi yang masih berterusan walaupun tempoh masa yang Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan Pulau Pinang sampai sekaran hanya singkat iaitu 2 tahun lebih sahaja.

Pada ingatan saya, Ahli-ahli majlis dalam kerajaan BN yang lalu selalu diingatkan oleh bos-bos mereka agar jangan campur tangan dalam pentadbiran majlis. Ini saja menghalang ahli-ahli majlis daripada berpandangan kritikal terhadap dasar-dasar dan pelaksanaannya. Tambahan pula, pendekatan sedemikian juga menyekat kreativiti dan gerak hari ahli-ahli majlis pada masa itu.

Sebaliknya, Ahli-ahli majlis hari ini merasa bebas menyuarakan perasaan dan pendapat mereka kerana penekanan Pakatan Rakyat adalah berkhidmat untuk rakyat dan bukan kepada sekumpulan elit. Ahli-ahli majlis tidak patut menjadi pak turut kerajaan tempatan. Kita patut kritikal terhadap dasar-dasar yang diragu-ragukan dan lebih berusaha membawa manfaat kepada rakyat atau masyarakat.

Pada hakikatnya, definasi di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 menunjukkan bahawa YDP dan 24 orang ahli majlis adalah pengubal dasar dan mereka patut merumus dasar-dasar yang rasional, pro rakyat dan pro perniagaan atau kondusif untuk pembangunan ekonomi yang berterusan.

Seperti yang kita sedia maklum, kita sedang menuju ke pilihanraya kerajaan tempatan yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat tetapi dalam masa transisi ini jemputan kepada NGO-NGO untuk menyertai sebagai ahli-ahli majlis adalah suatu langkah besar mara ke hadapan.

Untuk memastikan pentadbiran yang baik, kita patut menghargai pandangan-pandangan dan pendapat-pendapat NGO-NGO selagi mereka sejajar untuk berkhidmat demi rakyat.

Untuk pentadbiran yang baik, kita patut juga sasar tahap penglibatan rakyat yang lebih tinggi untuk ketulusan, kebertanggungjawapan, keberkesanan, penggunaan resos yang efisien, menegakkan undang-undang dan lebih responsive terhadap keperluan pembayar-pembayar cukai.

Satu contoh untuk menegakkan undang-undang adalah memastikan tiada pelanggaran undang-undang dan garis-panduan garis-panduan yang sedia ada sementara majlis sedang membuat keputusan. Pertimbangan kepentingan politik tidak patut digunakan sebagai alasan untuk mencabuli undang-undang dan garis -panduan garis-panduan yang sedia ada. “There is no replacement of Rule of Law with expediency,” dengan izin.

Akan tetapi jika undang-undang dan garis panduan-garis panduankita sudah luput, kita patut memindahkannya dan bukan mencabulinya semata-mata untuk segala alasan. Kita mesti sengaja bersedia untuk mendukung prinsip-prinsip merintah melalui undang-undang atau “Rule of Law” dan bukan merintah melalui manusia atau “Rule of Man” .

 Dari segi transperansi, sebagai suatu ciri-ciri utama Kerajaan CAT, saya ingin mencadangkan supaya kesemua minit-minit mesyuarat biasa boleh diberikan akses kepada orang ramai dengan suata caj photostat sahaja, dan harganya mesti ditetapkan dan diberikan kepada semua. Tamabahan pula, laman web majlis iaitu www.mppp.gov.my perlu di kesmakinikan dengan tetap, dan ia juga perlu melampirkan semua keputusan-keputusan, garis-panduan garis-panduan dan Undang-undang Kecil Majilis yang terkini. Dengan ini, barulah pembayar cukai boleh sebenarnya menikmati hak-hak mereka melalui kemudahan IT yang terkini.

 Akhir sekali, saya dengan ikhlas hati berharap dengan semangat penyertaan demokratik dan sokongan sepenuh oleh pentadbiran majlis, dasar-dasar yang lama dan ketinggalan zaman akan digantikan dengan yang baru dan progresif dalam proses melaksanakan peranan kita sebagai kerajaan tempatan serta suatu badan perancangan tempatan yang berkuasa iaitu senang dikunjungi oleh rakyat, rendah hati dan bukan bersikap angkuh, bersedia untuk berunding, bersedia untuk berkhidmat dan bersedia untuk berubah.

 Sekian, terima kasih

 

Visitors since 2007